nak sedih ke nak gembira eh?

Arini saya guna aku kayy . Dan seperti biasa entri ini tiada gambar . Sila buat persediaan untuk keluar dari ruangan ini .
Argghhhh ! Baru aku perasan kan yang aku ni dah 18 rupanya . Err nak aku ulang ? Aku dah 18 ! Tuanya rasa . Seperti mak mak datin yang memerlukan suntikan colagen sekarang . Err semakin aku tua semakin tula aku makin jauh dengan sahabat yang paling kuww chentaaeii . Wah sangat sangat jeles tengok engkorang semua T.T
Yela mana taknya . Ain , Dayah and Baizura amek stam . Elyna , Ema and Sanah pulak amek stp . Satu sekolah pulak dorang semua . Eii tak acik ! Aku teramat sangat rindu korang *lap airmate . Time time cm gini la aku nak gunakan teknik imbas kembali sewaktu kenangan lampau bersama mereka . Ewahh sangat kerrlasss ! Bangga cikgu bm aku . Kan kan Puan err gimana aku boleh lupa ni ? Astaga ~ mengucap panjang .
Act aku dapat offered further study dekat KMP ( Kolej Matrikulasi Perlis ) dengan UIAM . Err kalau aku kann , awal awal lagi aku dah tolak KMP tu . Err nak bagi sebab eh ? Sebab jauh sangat LOL . Bak kata umi , kalau dekat Perlis dekatlah dengan Siam sempadan Thailand . Nak buat apa umi ? Ni umi kata ye ! Ha bolehlah kahwin lari dekat sana dengan Ezzat ! HAHAHA how so funny are you dear umi . Umi ni ! Kita tak terfikir pun kayy .
Alhamdulillah la Allah tunaikan cita cita selama ni yang aku impikan . Dulu punya la aku selalu berangan aku nak amek course accounting dekat UIA then jadi accountant macam makcik aku . Alhamdulillah aku dapat . Tinggal nak pergi je . Tapi aku takut la . Awal awal dah ada test English dengan Arabic . Wahh aku dah lupa segalanya tinggal kenangan . Aduh berdebar sungguh menghitung hari . Anggaran hari lagi 19 hari aku nak abiskan sisa sisa hidup aku dekat rumah . Ewahh .
Tapi kan aku nak tanya ni . Nak sedih ke nak gembira ? Yela kan seperti aku lalui sebelum kem , nanti ada kawan ke ? Cemana kalau aku kena buli ? HAHA setan setan . Kenapa soalan yang sama je berlegar legar di kepala ni ? Aisehh . Ya Allah , permudahkanlah urusan hambamu ini Ya Allah . Masuk foundation dah tak boleh memain dah . Masa depan tu semua . Aku nak realisasikan impian aku dulu ! Amin .
So moral of the story , ni khas untuk jejunior akak la . eh akak ? gedik nampak =..= untuk junior aku yang nak spm ni , Sila lah Tolong lah belajar sungguh sungguh . Cerah masa depan kamu kelak . Ewahh apehal aku sastera sangat ni ? Puihhh -,-
To semua kawan kawan yang bergelar sahabat , belajar rajin rajin kay even kita dah tak sesama cam dulu . Insya Allah , suatu hari kita akan dapat juga apa yang kita nak . Jangan lupa aku kayy ;)
Love , Zara Zainuddin .