Masih segar dalam ingatan
'Saya pernah rasa menyesal couple sebab saya rasa dikongkong. Semua yang saya nak buat macam semua awak tak bagi. Awak bagi respon pun macam tak sedap je.'
Ayat tu sentiasa bermain di fikiran. Buat pertama kali aku dengar dari mulut dia, airmata yang sanggup membalas responnya. Aku taktahu nak kata apa lagi. Aku taknak dia tahu yang aku menangis lagi.
'Awak menangis ke? Kenapa pulak menangis?'
Aku sentap mendengarnya. Aku katakan tidak. Aku rasa macam hina saja menangis dalam talian. Sepertinya aku menggedik mahu tarik perhatian dia. Itu semua tidak benar. Aku manusia juga. Aku tidak sanggup membalas dengan kata-kata. Aku mahu luahkan segalanya dengan tangisan. Pada masa itu, aku berkata dalam hati. 'Sampai hati kau berkata begitu'.
Aku pun tidak mahu kau berubah. Aku mahu kau yang sama. Yela mungkin semua itu salah aku. Aku saja yang mahu cari pasal, yang selalu tidak puas hati. Tapi biasalah aku juga mahukan perhatian dari kau. Aku bukan tunggul semata. Terima keadaan kau yang terbiasa dengan hidup bujang, lepak dengan kawan, keluar masuk rumah dan panggil aku bila masa kau memerlukannya.
Selepas malam tu, aku rasa terasing. Mungkin aku yang perlu berubah. Yeah tidak mengapa jika dia berkeras berkata begitu. Dan semuanya jadi tidak sama seperti dahulu.
Aku tak mesej dia dulu dan aku hanya menanti. Aku tak mahu dilabel pengongkong lagi. Biarlah dia nak lakukan apa sahaja seperti kehidupan dia yang dulu. Aku tak mesej dia jikalau tiba tiba dia membisu dan tidak membalas mesejku. Aku tetap menunggu. Aku tak mahu dilabel pemaksa.
Aku sedih. Aku bingung sama ada apa yang aku buat ini tekad ataupun berpura pura. Hati aku sangat sakit. Aku tak mampu untuk melawan. Aku tidak sama macam ketika bercinta dulu dengan orang lain. Aku bukan lagi orang yang pentingkan diri sendiri yang ego untuk pertahankan apa yang aku rasa betul. Aku yang sekarang hanya mampu diam, terasa sakit sendiri dan ikut saja kalau itu yang dia rasa betul.
Kita seperti lain sekarang. Aku tak mampu nak luahkan pada manusia. Aku mahu ini saja yang boleh jadi tempat luahan aku. Biar ini yang tahu aku menangis. Biar ini yang tahu aku dalam kesakitan. Biar ini yang tahu ini semua bukan aku yang sebenar.
Aku sayangkan dia dan aku tak mahu perkataan putus wujud lagi dalam hubungan ni. Mungkin aku salah dan dia betul. Imma strong girl so I'll be okay with all this kind of things.
P/s : Jangan pernah berubah.